Wednesday, 28 December 2011

KEMPEN KITAR SEMULA


LOGO KEMPEN KITAR SEMULA

KITAR SEMULA

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.
 
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula. Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan)..

Berdasarkan kajian daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kapasiti tapak perlupusan sampah semakin terhad dan terpaksa menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk mengangkut dan melupusan sampah yang boleh mendatangkan pelbagai masalah dari segi alam sekitar dan kehidupan. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memulakan kempen kitar semula secara besar-besaran di seluruh Negara. 


DILANCARKAN DAN  DIANJURKAN SERTA TEMPOH KEMPEN

Kempen Program Perintis Kitar Semula Peringkat Kebangsaan telah dilancarkan pada 2 Disember 2000. Kempen ini bukanlah kali pertama dianjurkan oleh Kerajaan. Malah pada tahun 1993 kempen ini telah dilaksanakan tetapi malangnya kurang berjaya. Namun, kegagalan tersebut amat berguna kepada masyarakat kerana daripadanya,  masyarakat dapat mengenalpasti beberapa kelemahan yang harus diatasi. Justeru itu, dalam kempen Program Perintis Kitar Semula kali ini, kerajaan telah membelanjakan sejumlah kewangan yang besar untuk menambah kemudahan seperti tong kitar semula serta bahan-bahan pendidikan termasuk iklan di televisyen seperti yang terdapat di media massa.Tiada tempoh yang ditetapkan dan kempen kitar semula ini adalah selama-lamanya.

SLOGAN


wujudlah slogan ’3R: Reduce (Kurangkan), Reuse  (Guna Semula) & Recycle (Kitar Semula)’ bagi menekankan betapa pentingnya kitar semula untuk memastikan alam sekitar kita terpelihara.


TUJUAN KEMPEN KITAR SEMULA

Tujuannya adalah mengurangkan jumlah sampah yang dibuang di tapak pelupusan sampah. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menganggarkan bahawa setiap Pihak Berkuasa Tempatan membelanjakan antara 40% hingga 70% perbelanjaan tahunannya untuk mengutip dan melupuskan sampah. Pertambahan jumlah penduduk dari setahun ke setahun di seluruh negara akan meningkatkan lagi isipadu sampah-sarap yang dihasilkan dan seterusnya menambah perbelanjaan serta menyulitkan lagi Pihak Berkuasa Tempatan mendapatkan tapak pelupusan yang sesuai pada masa akan datang kerana kurangnya tanah yang sesuai.

 Pembuangan sampah-sarap yang tidak terkawal juga boleh mengancam kesihatan penduduk dan kualiti serta estetika alam sekitar. Mengikut kajian yang dilakukan, lebih kurang 170 tan sampah-sarap setiap hari dikutip di setiap kawasan perumahan. Ini tidak termasuk besi-besi buruk atau sampah-sarap yang dibuang sendiri oleh individu atau syarikat-syarikat yang beroperasi.. Semua sampah-sarap ini dibuang ke tapak pembuangan sampah atau dilonggokkan di tempat-tempat pembuangan haram sehingga menjejaskan keindahan dan estetika di Malaysia terutamanya di kawasan bandar.


FAEDAH KEPADA DIRI SENDIRI DARI KEMPEN KITAR SEMULA

Selain pengurangan kos penggendalian sampah sarap, pengurangan pencemaran alam sekitar dan sebagainya membawa kebaikan kepada diri kita sendiri. Kitar semula boleh mengurangkan perbelanjaan dan membawa keuntungan kepada masyarakat sendiri. Dalam keadaan kos sara hidup yang kian meningkat hari ini, industri kitar semula dapat memberi kesedaran kepenggunaan seterusnya menurunkan kos sara hidup bagi pengguna yang bijak berbelanja.
Isi rumah sebagai pengguna boleh mengurangkan kekerapan membeli dengan berbelanja sekali dalam sebulan. Ini akan mengurangkan bungkusan barang-barang yang dibeli sama ada yang berupa kertas atau plastik. Dengan itu, isi rumah telah mengamalkan satu daripada tiga konsep kitar semula iaitu mengurangkan isipadu sampah-sarap. Isi rumah juga boleh menggunakan semula bahan-bahan pembungkus seperti beg plastik, atau bekas yang bersesuaian untuk menyimpan barang-barang misalnya menggunakan semula botol nescafe untuk mengisi cili giling untuk kegunaan di rumah dan sebagainya.

Dapat perhatikan terdapat sudah beberapa syarikat yang berkecimpung dalam industri kitar semula malah terdapat juga yang mengekspot bahan-bahan kitar semula ke negara lain.
 Penubuhan syarikat-syarikat ini juga memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapat sedikit wang. Dalam hubungan ini, isi rumah boleh mengumpul bahan-bahan buangan seperti semua jenis kertas, bekas daripada aluminium, plastik atau botol kaca untuk dijual kepada syarikat-syarikat kitar semula disamping mendapat ganjaran seperti cenderahati daripada bahan yang dikitar semula.


KEPENTINGAN DARI PROGRAM KITAR SEMULA

1. Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan pencemaran udara. 
2. Kitar semula untuk menjimatkan kos
Dalam masa jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan kos berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah. Jika program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akan memanfaatkan kita kerana caj untuk pelupusan sampah dapat dikurangkan.

3. Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita
Tentu ada dalam kalangan kita yang tetanya-tanya, bagaimana kitar semula boleh menjimatkan sumber. Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah anda Malaysia kini mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan? Kita juga mengimport bahan baungan lain untuk industri pengeluaran yang lain. Tidakkah lebih baik jika kita mengamalkan kitar semula? 
4. Kitar semula untuk menjimatkan tenaga
Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang televisyen selama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.


5. Kitar semula untuk menyelamatkan hutan
Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang.  Mengitar semula  kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kitaperlu memelihara  hutan kerana ia merupakan sumber oksigen dan udara bersih.

TANGGUNGJAWAB /PERANAN SEMUA PIHAK

Fikir Dulu Sebelum Buang
Banyak barang yang dianggap sebagai sisa boleh digunakan untuk tujuan lain. Jadi pengurangan sisa boleh dilakukan dengan mempelbagaikan penggunaan.
Cadangan:
  • Beli barangan secara pukal bagi meminimumkan bahan yang digunakan untuk tujuan pembungkusan.
  • Beli bahan minuman seperti kopi, gula, krimer dalam kuantiti yang banyak dan bancuh dalam bekas yang boleh diguna semula.
  • Guna napkin atau tuala meja yang boleh digunakan semula bagi menggantikan tuala pakai buang.
  • Apabila berpindah rumah, jual barang yang tidak mahu digunakan lagi di pasar lambak.
  • Minimumkan penggunaan kertas dengan menggunakan kedua-dua belah halaman kertas apabila menggunakan mesin fotokopi.
  • Edarkan dokumen seperti laporan atau memo dalam bentuk mel elektronik.
  • Mengoptimakan pembungkusan barangan yang dibeli ke dalam beg plastik.

PENGGUNAAN SEMULA
Antara barang yang boleh digunakan semula :
  • Tin kopi dan bekas keju sebagai bekas simpanan.
  • Gunakan belakang kertas atau belakang sampul surat sebagai catatan nota.
  • Simpan lebihan makanan di dalam bekas daripada menggunakan bungkusan kertas atau kertas aluminium.
  • Gunakan pakaian lama sebagai kain buruk untuk membersihkan kotoran daripada menggunakan kertas tisu.
  • Adakan jualan garaj atau mendermakan pakaian, buku atau anak patung yang tidak digunakan lagi.
Cara-cara untuk menggunakan semula `
  • Gunakan cawan kopi yang tahan lama.
  • Gunakan kain lampin atau tuala.
  • Isian semula botol.
  • Menderma majalah lama atau peralatan lebihan.
  • Guna semula kotak.
  • Gunakan balang kosong untuk menyimpan makanan.
  • Membeli pen dan pensil isian semula.

FAKTA TENTANG KITAR SEMULA


    
AIR

1. Penggunaan air terbanyak di rumah adalah di dalam bilik air atau bilik mandi. Menurut kajian (California Energy Commission 2006) sebanyak 75% dari penggunaan di rumah.
2. Mengepam air selepas menggunakan tandas menggunakan kira kira 5 liter air setiap kali digunakan. Statistik ini adalah untuk tandas yang dilengkapi sistem pam air yang lebih efisyen.
3. Memberus gigi di waktu pagi tanpa membiarkan tap air terbuka boleh menjimatkan sehingga 30 liter air sehari, menurut kajian (EPA 2008)
4. Mandi di dalam besen mandi menggunakan hampir 300 liter air setiap kali digunakan, berbanding dengan mandi shower hanya 40-100 liter.
5. Membasuh menggunakan mesin pembasuh pakaian jenis baru yang efisyen menggunakan hampir 100 liter air sehari

TENAGA LETRIK

1. Penggunaan tenaga dunia dijangka bertambah 2 kali ganda antara tahun 200 hingga 2030. Penambahan terbesar adalah dari negara membangun dan kadar penambahan paling cepat adalah dari rumah-rumah kediaman, menurut kajian (Worldwatch Institute, 2007)
2. Penghasilan tenaga letrik di Amerika (yang menggunakan arang batu) adalah penyumbang kepada 40% penghasilan karbon yang dikaitkan dengan pemanasan global (Worldwatch Institute, 2007)
3. Oven gelombang mikro (microwave) menjimatkan penggunaan tenaga letrik sebanyak 50% berbanding oven letrik biasa
4. Membiarkan peralatan letrik terpasang (sekadar untuk melihat jam) seperti TV, pemain DVD dan VCD, menggunakan hampir 5% dari penggunaan tenaga di rumah (Alliance to Save Energy, 2005)

KERTAS
 
1. Penggunaan kertas dan kayu (di Amerika) oleh setiap rakyat setiap tahun bersamaan dengan sebatang pokok Douglas fir setinggi 100-kaki (EPA 2008)
2. Mengitar semula satu tan kertas dapat menyelamatkan 17 batang pokok dewasa dan 26,000 liter air (EPA 2008)
3. Mengitar semula kertas berbanding dengan menghasilkan kertas baru dapat mengurangkan pencemaran air sebanyak 74%, mengurangkan penggunaan air sebanyak 50% dan mengurangkan sebanyak 40% penggunaaan tenaga letrik (EPA 2008)
4. Hanya 48% daripada penggunaan kertas di pejabat (di Amerika) dikitar semula, yang dijadikan bahan mentah untuk paperboard, tisu dan kertas Keep America Beautiful, 2006)
5. 73% daripada kertas suratkhabar telah dikitar semula. Satu pertiga dijadikan kertas suratkhabar semula, selebihnya dijadikan paperboard, tisu dan bahan penebat (Keep America Beautiful, 2006)

LOGAM

1. Mengitar-semula bahan aluminium (seperti tin) dapat menjimatkan 95% tenaga untuk menjadikan aluminium baru dari bahan mentah. Berdasarkan fakta ini, 20 tin aluminium dapat dikitarsemula dengan kadar tenaga yang digunakan untuk membuat satu tin aluminium yang baru (Keep America Beautiful, 2006)
2. Mengitar-semula  satu tin aluminium dapat menjimatkan tenaga sebanyak yang boleh digunakan untuk menyalakan lampu 100-watt selama 20 jam, menggunakan komputer selama 3 jam dan TV selama 2 jam (EPA, 2008)
3. Tin aluminium yang dibuang oleh rakyat amerika selama sebulan adalah mencukupi untuk membina semua kapalterbang komersial Amerika.

KACA

1. Kaca tidak susut dan boleh dikitar semula sampai bila-bila.

STYROFOM / POLISTERIN

1. Ia tidak boleh dikitar semula dan tidak boleh digunakan untuk membuat yang baru
2. Setiap tahun rakyat Amerika membuang 25,000 juta cawan styrofom, cukup untuk
mengelilingi bumi sebanyak 436 kali.
KELULI
1. Sekiranya setiap rakyat (di Amerika) mengitar-semula satu persepuluh dari tin buangan, ia boleh menjimatkan dari membuat 3.2 billion tin dari bahan mentah yang baru setiap tahun.
Hanya 30% dari besi yang dibuang boleh dikitar-semula

SEKIAN
















Tuesday, 27 December 2011

TANAM KANGKUNG

Exsperimen 5:Sayur Kangkung

Kangkung atau Kangkong atau nama saintifiknya Ipomoea aquatica Forsk., juga Ipomoea reptans Poir1. Kangkong merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan di tanam sebagai makanan. Kangkung banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Kangkung banyak terdapat di kawasan Asia dan merupakan tumbuhan yang boleh dijumpai hampir di mana-mana kawasan berair.




*kebanyakan tumbuhan tumbuh daripada biji benih.
*Tetapi tumbuhan juga boleh tumbuh daripada batangnya.


Bahan Diperlukan
 
*Sayur kangkung (segenggam batang beserta akarnya)
*Tanah
*Bekas/Pasu
*Air

Cara-caranya

*Basahkan segenggam batang beserta akar kangkung
*Masukkan ke dalam bekas/pasu
*Kemudian letakkan tanah ke dalam pasu
*Letak di tempat yang ada cahaya matahari
*Siram setiap hari




Hari pertama kangkung ditanam

Keputusan

*Selepas 4 hari


kelihatan pucuk kangkung mula tumbuh,walaupun baru masuk 4 hari pucuk kangkung sudah kelihatan


Selepas 1 minggu (hari ke 7) 
Pucuk kangkung mula membesar .Dalam tempoh beberapa hari, daun-daun muda kangkung mula muncul, dan warnanya hijau segar. setiap hari disiram dengan air.






Kesimpulan: 


selain daripada menggunakan biji benih Kangkung juga boleh ditanam menggunakan batangnya .Kangkung cuma mengambil masa selama 30 hari sahaja untuk dipungut.Caranya memungutnya juga sangat mudah, hanya pokok dicabut bersama akar dan dibasuh dalam air.

Contoh pokok lain yang tumbuh daripada batang ialah daun saderi.


































Monday, 26 December 2011

TAMAN BURUNG KUALA LUMPUR


Lawatan ke Taman Burung Kuala Lumpur


                       
Dipintu masuk Taman burung Kuala Lumpur
Pada hari rabu bersamaan 26 oktober 2011.kumpulan kami telah membuat satu lawatan ke Taman burung kuala lumpur.Taman burung  atau KL bird park ini di bawah kelolaan DBKL. Rupa-rupanya tempat ini merupakan sebuah taman yang berbentuk free-flight walk-in aviary yang terbesar di dunia.
 Sedang beratur untuk membeli tiket
 Tiket kebenaran masuk ke taman burung


Free flight walk in aviary ini berkonsepkan, pengunjung boleh berjalan-jalan bebas sambil melihat sebahagian burungnya bebas berterbangan disekililing pengunjung. Kecuali spesis burung yang boleh membahayakan atau yang membuatkan pengunjung tidak selesa. Unggas-ungas seperti ini ditempatkan di dalam kurungan.


Taman burung ini agak luas, rasanya lebih kurang keluasan Zoo Negara, cuma di Zoo Negara ada train. Letih juga kami berjalan-jalan kerana hendak memanfaatkan harga teket yang berharga rm20. Tiket ini diikat pada pergelangan tangan kami, rasanya seperti pesakit di wad hospital pula.

ekosistem burung bangau
Konsep taman ini dibahagikan mengikut jenis spesis. Contohnya seperti spesis Brahminy land, ia diletakkan setempat pada jenis burung pemangsa. Spesis Hornbill Park pula diletakkan setempat pada jenis burung enggang. Spesis World of Parrot di tempat pada jenis burung seperti kakak tua, nuri dan serindit. Manakala Flightless bird pula di tempatkan pada jenis burung gergasi seperti burung Unta, Kasawari, Emu dan Rhea



peta sekitar taman burung



Antara burung enggang yang  terdapatdi taman burung kl


Kaunter tiket


Burung merak sedang mengembangkan bulunya yang sangat cantik



Bergambar berhadapan tempat tinggal burung bangau


Burung bangau yang terdapat di taman burung

Sempat bergambar bersama burung merak  ,cantik sekali.

Burung kelicap


Gerimis dah  mula turun kami pulang dulu.


Monday, 5 December 2011

SAINS DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

 
Mungkin ramai orang yang tidak dapat menerima bahawa gula pasir dan bahan makanan yang di perbuat daripada gula seperti coklat boleh menyebabkan anak manjadi hiperaktif - atau mengalami " sugar seizures " atau sawan gula.

GULA
Paras gula yang tinggi atau( HYPERGLYCAEMIA) akan menyebabkan pembakaran glukos yang berlebihan di dalam otot-otot. Pembakaran tenaga ini akan menghasilkan gerak geri otot, yang menyebabkan anak-anak bergerak tanpa kawalan yang dikatakan ' hiperaktif'. Dengan tenaga yang berlebihan anak-anak akan mula berlari-lari, melompat dengan buas dan menjerit-jerit tanpa terkawal.


Pembakaran glukos pula menghabiskan vitamin B1, B2, B3, kalsium, magnesium dan oksigen kerana sebahagian besarnya telah digunakan untuk aktiviti gerak-geri otot seperti diatas. Kekurangan Vitamin-vitamin dan zat-zat seperti disebut tadi akan mengurangkan baki bekalan glukosa untuk kegunaan otak pula.

Keadaan ini akan mempengaruhi emosi anak dan anak mudah resah, gelisah dan cemas kerana otaknya tidak mendapat cukup bekalan glukos, oksigen, vitamin dan zat-zat galian. Anak-anak akan menjerit atau menangis kerana kekurangan bekalan bahan-bahan tersebut, menimbulkan pula keadaan yang diberi nama 'HYPOGLYCAEMIA'



Begitulah keadaannya, bila gula banyak dia aktif, bila gula kurang dia menangis. Inilah yang dinamakan ' Sugar seizures' atau sawan gula yang selalu kita lihat pada anak-anak kecil sekarang.

Oleh kerana otak anak kecil sedang membangun sekiranya keadaan ini dibiarkan tindakan melompat, menjerit, agresif, senang merajuk, sering marah dan lain-lain akan menjadi ingatan yang kekal dan inilah yang akan membentuk perangai anak itu dimasa hadapan





Oleh itu kurangkanlah pemberian gula pasir dan makanan-makanan manis yang diperbuat daripada gula pasir kepada kanak-kanak untuk mengelakkan fenomena ini terjadi.

Fakta Tubuh Manusia 

1. Setiap hari, kita kehilangan 100 helai rambut dan 36000 setahun (kecuali anda memang tidak mempunyai rambut)
2. Tubuh manusia dapat bertahan lama tanpa makan daripada tanpa tidur. Kelaparan akan menyebabkan kematian dalam beberapa minggu sedangkan tanpa tidur anda akan mati dalam waktu 10 hari.


3. Sekiranya mayat manusia dibakar, abu yang terhasil secara purata seberat 9 paun sahaja.
4. Bayi lahir dengan 300 tulang tetapi ketika dewasa berkurang hingga 206 tulang saja.
5. Setiap inci kulit kita di huni koloni bakteria sebanyak 32 juta bakteria.



6. Organ dalaman terbesar dalam tubuh kita adalah usus kecil dengan panjang 20 kaki lebih.
7. 85% otak kita adalah air!
8. 300 juta sel mati didalam tubuh kita setiap minit.
9. Kita menggunakan 17 otot untuk tersenyum dan 43 untuk mengerutkan wajah.





10. Anda berkedip hampir 84 juta kali dalam setahun.
11. Bayi lahir tanpa tempurung kaki hingga umur 2-6 tahun.
12. Secara purata, otak manusia mempunyai 100 bilion sel saraf.
13. Adalah mustahil untuk bersin dengan mata terbuka.
14. Perut menghasilkan lapisan mukus (lendir) setiap 2 minggu untuk mengelakkan ia dicerna.
15. Bila kita bersin, semua fungsi tubuh terhenti termasuk jantung.






16. Perut mengambil masa 1 jam untuk mencernakan susu lembu.
17. Telinga dan hidung terus membesar sepanjang hayat.
18. Rambut dan kuku dihasilkan dari bahan yang sama.
19. Setiap saat, 15 juta sel darah dimusnahkan dalam tubuh manusia.







20. Secara purata, jantung manusia berdenyut 3000 juta kali sepanjang hayat dan mengepam 48 juta gelen darah.