![]() |
LOGO KEMPEN KITAR SEMULA |
KITAR SEMULA
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar
semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru,
mengurangkan penggunaan tenaga,
mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air
(dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan
mentah.
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan
jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik.
Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan
biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak
dianggap kitar semula. Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak
pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses
semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.
Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan
buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh
kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru,
atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain.
Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding
dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain),
dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya
membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord).
Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari
keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari
bateri kereta, atau emas dari
komponen komputer), atau
akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan)..
Berdasarkan
kajian daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
kapasiti tapak perlupusan sampah semakin terhad dan terpaksa menghabiskan
berjuta-juta ringgit untuk mengangkut dan melupusan sampah yang boleh
mendatangkan pelbagai masalah dari segi alam sekitar dan kehidupan. Kerajaan
Malaysia melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memulakan
kempen kitar semula secara besar-besaran di seluruh Negara.
DILANCARKAN
DAN DIANJURKAN SERTA TEMPOH KEMPEN
Kempen
Program Perintis Kitar Semula Peringkat Kebangsaan telah dilancarkan pada 2
Disember 2000. Kempen ini bukanlah kali pertama dianjurkan oleh Kerajaan. Malah
pada tahun 1993 kempen ini telah dilaksanakan tetapi malangnya kurang berjaya.
Namun, kegagalan tersebut amat berguna kepada masyarakat kerana daripadanya, masyarakat dapat mengenalpasti beberapa
kelemahan yang harus diatasi. Justeru itu, dalam kempen Program Perintis Kitar
Semula kali ini, kerajaan telah membelanjakan sejumlah kewangan yang besar
untuk menambah kemudahan seperti tong kitar semula serta bahan-bahan pendidikan
termasuk iklan di televisyen seperti yang terdapat di media massa.Tiada tempoh
yang ditetapkan dan kempen kitar semula ini adalah selama-lamanya.
SLOGAN
wujudlah
slogan ’3R: Reduce (Kurangkan), Reuse (Guna Semula) & Recycle (Kitar
Semula)’ bagi menekankan betapa pentingnya kitar semula untuk memastikan alam sekitar
kita terpelihara.
TUJUAN
KEMPEN KITAR SEMULA
Tujuannya
adalah mengurangkan jumlah sampah yang dibuang di tapak pelupusan sampah. Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT). Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah
menganggarkan bahawa setiap Pihak Berkuasa Tempatan membelanjakan antara 40%
hingga 70% perbelanjaan tahunannya untuk mengutip dan melupuskan sampah.
Pertambahan jumlah penduduk dari setahun ke setahun di seluruh negara akan
meningkatkan lagi isipadu sampah-sarap yang dihasilkan dan seterusnya menambah
perbelanjaan serta menyulitkan lagi Pihak Berkuasa Tempatan mendapatkan tapak
pelupusan yang sesuai pada masa akan datang kerana kurangnya tanah yang sesuai.
Pembuangan
sampah-sarap yang tidak terkawal juga boleh mengancam kesihatan penduduk dan kualiti
serta estetika alam sekitar. Mengikut kajian yang dilakukan, lebih kurang 170
tan sampah-sarap setiap hari dikutip di setiap kawasan perumahan. Ini tidak
termasuk besi-besi buruk atau sampah-sarap yang dibuang sendiri oleh individu
atau syarikat-syarikat yang beroperasi.. Semua sampah-sarap ini dibuang ke
tapak pembuangan sampah atau dilonggokkan di tempat-tempat pembuangan haram
sehingga menjejaskan keindahan dan estetika di Malaysia terutamanya di kawasan
bandar.
FAEDAH
KEPADA DIRI SENDIRI DARI KEMPEN KITAR SEMULA
Selain
pengurangan kos penggendalian sampah sarap, pengurangan pencemaran alam sekitar
dan sebagainya membawa kebaikan kepada diri kita sendiri. Kitar semula boleh
mengurangkan perbelanjaan dan membawa keuntungan kepada masyarakat sendiri.
Dalam keadaan kos sara hidup yang kian meningkat hari ini, industri kitar
semula dapat memberi kesedaran kepenggunaan seterusnya menurunkan kos sara
hidup bagi pengguna yang bijak berbelanja.
Isi
rumah sebagai pengguna boleh mengurangkan kekerapan membeli dengan berbelanja
sekali dalam sebulan. Ini akan mengurangkan bungkusan barang-barang yang dibeli
sama ada yang berupa kertas atau plastik. Dengan itu, isi rumah telah
mengamalkan satu daripada tiga konsep kitar semula iaitu mengurangkan isipadu
sampah-sarap. Isi rumah juga boleh menggunakan semula bahan-bahan pembungkus
seperti beg plastik, atau bekas yang bersesuaian untuk menyimpan barang-barang
misalnya menggunakan semula botol nescafe untuk mengisi cili giling untuk
kegunaan di rumah dan sebagainya.
Dapat perhatikan terdapat sudah beberapa syarikat yang berkecimpung dalam industri kitar semula malah terdapat juga yang mengekspot bahan-bahan kitar semula ke negara lain.
Dapat perhatikan terdapat sudah beberapa syarikat yang berkecimpung dalam industri kitar semula malah terdapat juga yang mengekspot bahan-bahan kitar semula ke negara lain.
Penubuhan syarikat-syarikat ini juga memberi
peluang kepada orang ramai untuk mendapat sedikit wang. Dalam hubungan ini, isi
rumah boleh mengumpul bahan-bahan buangan seperti semua jenis kertas, bekas
daripada aluminium, plastik atau botol kaca untuk dijual kepada
syarikat-syarikat kitar semula disamping mendapat ganjaran seperti cenderahati
daripada bahan yang dikitar semula.
KEPENTINGAN
DARI PROGRAM KITAR SEMULA
1. Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau
tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika.
Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti
pencemaran air bawah tanah dan pencemaran udara.
2. Kitar semula untuk menjimatkan kos
Dalam masa jangka panjang, mengitar semula adalah lebih
menjimatkan kos berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah.
Jika program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan
semakin berkurangan. Ini seterusnya akan memanfaatkan kita kerana caj untuk
pelupusan sampah dapat dikurangkan.
3. Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita
Tentu ada dalam kalangan kita yang tetanya-tanya,
bagaimana kitar semula boleh menjimatkan
sumber. Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah anda Malaysia kini mengimport
lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk
kertas bagi menampung permintaan tempatan? Kita juga mengimport bahan baungan
lain untuk industri pengeluaran yang lain. Tidakkah lebih baik jika kita
mengamalkan kitar semula?
4. Kitar semula untuk menjimatkan tenaga
Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu
tin aluminium adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang
televisyen selama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca
baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran
kaca.
5. Kitar semula untuk menyelamatkan hutan
Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon
pokok terpaksa ditebang. Mengitar semula
kertas akan mengurangkan bilangan pokok
yang perlu ditebang. Kitaperlu memelihara hutan kerana ia merupakan sumber oksigen dan
udara bersih.
TANGGUNGJAWAB
/PERANAN SEMUA PIHAK
Fikir Dulu Sebelum Buang
Banyak barang
yang dianggap sebagai sisa boleh digunakan untuk tujuan lain. Jadi pengurangan
sisa boleh dilakukan dengan mempelbagaikan penggunaan.
Cadangan:
- Beli barangan secara pukal bagi meminimumkan bahan yang digunakan untuk tujuan pembungkusan.
- Beli bahan minuman seperti kopi, gula, krimer dalam kuantiti yang banyak dan bancuh dalam bekas yang boleh diguna semula.
- Guna napkin atau tuala meja yang boleh digunakan semula bagi menggantikan tuala pakai buang.
- Apabila berpindah rumah, jual barang yang tidak mahu digunakan lagi di pasar lambak.
- Minimumkan penggunaan kertas dengan menggunakan kedua-dua belah halaman kertas apabila menggunakan mesin fotokopi.
- Edarkan dokumen seperti laporan atau memo dalam bentuk mel elektronik.
- Mengoptimakan pembungkusan barangan yang dibeli ke dalam beg plastik.
Antara barang
yang boleh digunakan semula :
- Tin kopi dan bekas keju sebagai bekas simpanan.
- Gunakan belakang kertas atau belakang sampul surat sebagai catatan nota.
- Simpan lebihan makanan di dalam bekas daripada menggunakan bungkusan kertas atau kertas aluminium.
- Gunakan pakaian lama sebagai kain buruk untuk membersihkan kotoran daripada menggunakan kertas tisu.
- Adakan jualan garaj atau mendermakan pakaian, buku atau anak patung yang tidak digunakan lagi.
Cara-cara untuk
menggunakan semula `
- Gunakan cawan kopi yang tahan lama.
- Gunakan kain lampin atau tuala.
- Isian semula botol.
- Menderma majalah lama atau peralatan lebihan.
- Guna semula kotak.
- Gunakan balang kosong untuk menyimpan makanan.
- Membeli pen dan pensil isian semula.
FAKTA TENTANG KITAR SEMULA
AIR
1. Penggunaan air terbanyak di rumah adalah di dalam bilik air atau bilik mandi. Menurut kajian (California Energy Commission 2006) sebanyak 75% dari penggunaan di rumah.
2. Mengepam air
selepas menggunakan tandas menggunakan kira kira 5 liter air setiap kali
digunakan. Statistik ini adalah untuk tandas yang dilengkapi sistem pam air
yang lebih efisyen.
3. Memberus
gigi di waktu pagi tanpa membiarkan tap air terbuka boleh menjimatkan sehingga
30 liter air sehari, menurut kajian (EPA 2008)
4. Mandi di
dalam besen mandi menggunakan hampir 300 liter air setiap kali digunakan,
berbanding dengan mandi shower hanya 40-100 liter.
5. Membasuh
menggunakan mesin pembasuh pakaian jenis baru yang efisyen menggunakan hampir
100 liter air sehari
TENAGA LETRIK
1. Penggunaan
tenaga dunia dijangka bertambah 2 kali ganda antara tahun 200 hingga 2030.
Penambahan terbesar adalah dari negara membangun dan kadar penambahan paling
cepat adalah dari rumah-rumah kediaman, menurut kajian (Worldwatch Institute,
2007)
2. Penghasilan
tenaga letrik di Amerika (yang menggunakan arang batu) adalah penyumbang kepada
40% penghasilan karbon yang dikaitkan dengan pemanasan global (Worldwatch
Institute, 2007)
3. Oven
gelombang mikro (microwave) menjimatkan penggunaan tenaga letrik sebanyak 50%
berbanding oven letrik biasa
4. Membiarkan
peralatan letrik terpasang (sekadar untuk melihat jam) seperti TV, pemain DVD
dan VCD, menggunakan hampir 5% dari penggunaan tenaga di rumah (Alliance to
Save Energy, 2005)
KERTAS
1. Penggunaan kertas dan kayu (di Amerika) oleh setiap rakyat setiap tahun bersamaan dengan sebatang pokok Douglas fir setinggi 100-kaki (EPA 2008)
2. Mengitar
semula satu tan kertas dapat menyelamatkan 17 batang pokok dewasa dan 26,000
liter air (EPA 2008)
3. Mengitar
semula kertas berbanding dengan menghasilkan kertas baru dapat mengurangkan
pencemaran air sebanyak 74%, mengurangkan penggunaan air sebanyak 50% dan
mengurangkan sebanyak 40% penggunaaan tenaga letrik (EPA 2008)
4. Hanya 48%
daripada penggunaan kertas di pejabat (di Amerika) dikitar semula, yang
dijadikan bahan mentah untuk paperboard, tisu dan kertas Keep America
Beautiful, 2006)
5. 73% daripada kertas suratkhabar telah dikitar semula. Satu pertiga dijadikan kertas suratkhabar semula, selebihnya dijadikan paperboard, tisu dan bahan penebat (Keep America Beautiful, 2006)
5. 73% daripada kertas suratkhabar telah dikitar semula. Satu pertiga dijadikan kertas suratkhabar semula, selebihnya dijadikan paperboard, tisu dan bahan penebat (Keep America Beautiful, 2006)
LOGAM
1.
Mengitar-semula bahan aluminium (seperti tin) dapat menjimatkan 95% tenaga
untuk menjadikan aluminium baru dari bahan mentah. Berdasarkan fakta ini, 20
tin aluminium dapat dikitarsemula dengan kadar tenaga yang digunakan untuk
membuat satu tin aluminium yang baru (Keep America Beautiful, 2006)
2. Mengitar-semula satu tin aluminium dapat menjimatkan tenaga
sebanyak yang boleh digunakan untuk menyalakan lampu 100-watt selama 20 jam,
menggunakan komputer selama 3 jam dan TV selama 2 jam (EPA, 2008)
3. Tin
aluminium yang dibuang oleh rakyat amerika selama sebulan adalah mencukupi
untuk membina semua kapalterbang komersial Amerika.
KACA
1. Kaca tidak
susut dan boleh dikitar semula sampai bila-bila.
STYROFOM /
POLISTERIN
1. Ia tidak
boleh dikitar semula dan tidak boleh digunakan untuk membuat yang baru
2. Setiap tahun
rakyat Amerika membuang 25,000 juta cawan styrofom, cukup untuk
mengelilingi
bumi sebanyak 436 kali.
KELULI
1. Sekiranya setiap rakyat (di Amerika) mengitar-semula satu persepuluh dari tin buangan, ia boleh menjimatkan dari membuat 3.2 billion tin dari bahan mentah yang baru setiap tahun.
Hanya 30% dari besi yang dibuang boleh dikitar-semula
1. Sekiranya setiap rakyat (di Amerika) mengitar-semula satu persepuluh dari tin buangan, ia boleh menjimatkan dari membuat 3.2 billion tin dari bahan mentah yang baru setiap tahun.
Hanya 30% dari besi yang dibuang boleh dikitar-semula
SEKIAN
No comments:
Post a Comment